Monday, 4 February 2013

Lensa Indah - Maggie Oh Maggie!

Dengar je perkataan Maggie, dah pasti teringat kuah mi kari yang sedap. Senang dimasak dan sedap dimakan. Masuk air panas, then dah terus boleh di"rembat".

Tapi kali ni, teringin pula nak ubahsuai resepi Maggie ni. biar ada kelainan skit. Jadi, disini saya nak kongsi dengan anda resepi Maggie ciptaan saya ni. Rasanya memang sedap, dan memang tak cukup kalau setakat sepinggan je. Hehe...

So, dibawah ni ialah gambar resepi Maggie Kari bersama Ayam yang telah siap untuk disajikan.


Untuk menghasilkan resepi yang serupa dengan resepi saya ni, ni ramuan dan cara-cara membuatnya:

Ramuan/ bahan-bahan diperlukan:

Daging Ayam (anggaran mengikut kesesuaian)
Maggie Kari (beli je satu set tu - dalam ada 5 bungkus)
Daun Wangi (biasanya untuk buat sup)
Sayuran Hijau (cari jenis daun lobak hijau/ sayuran kobis yg lembut dan segar)
Tepung Jagung
Sos Tiram
Bawang Putih
Bawang Goreng (Dalam paket yg dijual di pasar)

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan Maggie Kari ke dalam air yang mendidih sehingga setengah masak (50% lembut bahagian lapisan bawah). Kemudiakan keluarkan dan simpan ke dalam pinggan.

2. Masukkan bawang putih ke dalam kuali dan tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan ayam tadi yg telah dipotong kecil (dalam 1 / inchi mengikut citarasa  anda). Gaulkan ayam tadi. Masukkan sos tiram dan gaulkan hingga sebati.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan beberapa minit sehingga ayam hampir masak.
5. Sementara menunggu ayam masak, masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk kecil bersama air dan gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan air tepung jagung tadi ke dalam kuali yg berisi ayam. Gaul hingga sebati selama beberapa minit hingga masak. Masukkan garam, sedikit gula, dan ajinomoto secukup rasa.
7. Setelah masak, tuangkan/ simbah mee yang siap disimpan di dalam pinggan dengan kuah berisi ayam tadi.
8. Potong sedikit sayuran hijau yg telah siap dicuci bersih dan taburkan ke atas mee tersebut.
9. Kemudian, potong sedikit daun wangi/daun sup dan taburkan ke atas mee.
10. Tumbukkan bawang goreng kering di dalam lesung dan taburkan serbuknya ke atas mee tersebut.
11. Mee Maggie Ayam siap untuk disajikan.

"Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya"

0 comments:

Post a Comment