Sebelum ni, saya dah post resepi Maggie Kari yang dimasak dengan daging Ayam.
Kali ni saya nak berkongsi dengan anda Resepi Kolo Mee Ikan Keli yang telah saya ciptakan. Memang sedap dan amat mudah untuk disediakan.
Ni gambar resepi tersebut.
Cara penyediaan amat mudah dan bahan-bahan pun mudah diperolehi, kecuali ikan keli. Kenalah pergi wet market kat mana-mana yang berdekatan. Tapi, kalau anda memang takleh jumpa ikan keli tu, anda juga boleh gunakan isi ikan lain asalkan tidak mengandungi banyak tulang. Bahaya nanti...budak-budak tak dapat makan.
Bahan-bahan diperlukan:
Isi ikan keli segar (telah diekstrak keluar daripada ikan keli)
Bawang Putih
Mee Kolo (boleh didapati di pasaraya - sila periksa logo halal)
Daun Wangi/ Sup
Sos Tiram
Tepung Jagung
Cara-cara membuatnya:
1. Rebuskan Mee Kolo ke dalam air panas sehinga 80% lembut.
2. Kemudian keluarkan Mee Kolo tersebut dan simpan atas pinggan yang bersih.
3. Gulungkan sedikit Mee tersebut (seperti dalam gambar di atas).
4. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan isi ikan keli dan sedikit air. Gaulkan perlahan lahan. Kurangkan sedikit api.
6. Sementara menunggu mendidih, masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk kecil dan campurkan dengan air. Gaul hingga sebati.
7. Masukkan air tepung jagung tadi ke dalam kuali dan kacau perlahan-lahan.
7. Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati. Masukkan garam, sedikit gula dan ajinomoto secukup rasa.
8. Setelah ikan keli masak, tuangkan kuahnya ke atas Mee tadi.
9. Taburkan hirisan daun wangi ke atas Mee tersebut. Taburkan juga sedikit serbuk lada ke atasnya.
10. Tumbuk bawang goreng kering dan taburkan ke atas Mee.
11. Mee Ikan Keli siap untuk dihidangkan.
"Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera"











